Jumaat, 17 Oktober 2014

BERSYUKURLAH

Hidup ini memerlukan pengorbanan
kita tak akan dapat sepenuhnya
apa yang dihajatkan
namun usah berduka
Tuhan lebih mengetahui
apa yang terbaik untuk kita

segalanya telah tertulis sejak azali
namun begitu percayalah
Allah maha adil
Tiada orang yang tidak mendapat rahmat-Nya

bersyukurlah dengan kurniaan
redhalah dengan kehidupan ini
Pasti hidup kita akan bahagia
walaupun pelbagai ujian dan dugaan melanda

usah kecewa usah berkelana
segalanya hanya sementara
tabahkan hati bina kesabaran
bertawakallah
sesungguhnya Allah menjanjikan
nikmat yang lebih baik untuk kita


Tiada ulasan:

Catat Ulasan