Jumaat, 10 Oktober 2014

MEMORI SEMALAM

Seperti baru semalam
memori indah kita bersama
menabur bakti di persadamu
namun tanpa ku sedari
dua dekad berlalu

suka duka ku lalui
jatuh bangun tidak dihiraukan
demi sebuah amanah ku junjung
demi sebuah harapan yang menggunung
biarpun ranjau berduri
namun ku tabah menghadapi

akhirnya ku terpaksa pergi jua
walaupun tanpa kerelaan
biarpun kasih mendalam
demi sekeping hati
ku korbankan segala

moga ada hikmah menanti
terima kasih semua
memori semalam tetap terpahat
indah di hati selamanya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan