Jumaat, 24 Oktober 2014

HIJRAH

Alhamdulillah.. Syukur....
Tahun baharu telah tiba
datang bersama sinar harapan
mengarap penghijrahan
suatu azam yang kudus
untuk memperbaiki kealpaan diri


Semalam yang berlalu
usah ditangisi
segala suka duka
kau lalui
anggaplah semuanya
ujian Illahi
untuk menghapus segala dosa

Moga hijrah tahun ini
membawa seribu erti
buatku insani
yang penuh mengharap
rahmat dan petunjuk-Mu
menuju syurga

Insya-Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan